Friday, 21 December 2012

Siapa boleh buat header?

Assalamualaikum.

Macam yang korang tengok sekarang saya dah pun tukar dari blogskin ke template designer. I chose Washed Denim Template. Credit to Adilla Shahirah for the codes :) 
Honestly, blogskin bagus sebenarnya. Haha sebab ringan dan cepat loading. Bagi template designer pulak, cepat dan okay je kalau tuan blog tu tak letak banyak sangat benda-benda yang tak sepatutnya ada. Macam widgets apa semua tu. Act, saya nak tukar ke template biasa je. Nak macam blog Kak Maria or Hanis Zalikha. Warna putihhh je haha. Nak gitu jugak sebab rasa macam simple je tapi isi padat! Tapi memandangkan sekarang ni blog dah banyak bertukar so tak dapatlah saya nak tukar macam tu. Tak jumpa dan tak tahu diorang guna template apa. Saya dah try satu-satu tapi still tak dapat apa yang nak. Sobsobs. Sape lah pengasas blog ni. 

Oh ya, rasa semuanya dah lengkap tapi satu je yang masih kurang! HEADER. Where's my headerrrr. Erghhh seriously saya cakap dah lama saya install Photoscape, Gimp, dan Adobe Photoshop CS3. Saya reti lah jugak buat header guna Photoscape dan Gimp tu tapi I seeee kebanyakan blogger yang buat header comel-comel tu semuanya guna Adobe Ps. Huaaa! Comel giler diorang buat. Nak dipendekkan cite, saya pun try lah jugak usha Ps ni. Godek punya godek tapi still tak dapat buat header yang cantik. I meant, tulisannya tak cantik pun! Halus kurus keding kecikkk je. Tak sama langsung dengan orang lain buat. Ishhh kenapa! Saya pun search jugak kat Google dan Youtube cara nak buat tulisan header yang comel guna Ps ni. Saya faham yang diorang explain tapi hasilnya kurang memuaskan.  -____-

Kenapa? Sebab jenis Ps tak sama kot. Jadi saya yang slow ni pun tak dapatlah cari yang mana patut click. Haishhhh. So please I need your help! Sape yang terer buat header tolonglah ajar saya ni. Tskk tssk. Serious nak sangat buat header sendiri. Tapi kalau korang baik hati sangat, boleh je sedekahkan satu header untuk blog ni. Haha. So, siapa boleh buat header? :(

8 comments :

  1. cuba refer sini > http://amijacuwada.blogspot.com/2012/11/tutorial-download-font-comel-comel.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok thanks ye. Nanti sy cuba. :)
      Btw, saya tk dapat nk besarkan tulisan kat Ps tu. :(

      Delete
  2. nk sye buatkan?? sye tgh free nie.. boleh je sye buatkan kalau awk nk.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe boleh je. Rezeki ni. Hikhik. :)

      Delete
    2. ok.. g kat fb sye.. kite ckp kt sne je ok??
      http://www.facebook.com/shafiqah.azman.56

      Delete

Thanks for your comments :)

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah