Thursday, 27 December 2012

Perlu ke percaya mesej ni?

Assalamualaikum

Pernah tak korang dapat mesej berantai? Eh aku tak tahu betul ke tak mesej tu dipanggil sbg mesej berantai. Ah lantaklah. Contohnya macam ni, 
"sila sebarkan kalimah Allah nih kpd 20 org yg bergelar Islam..insyaAllah,dlm masa 2hari anda akn menerima khabar baik dn rezeki anda sentiasa masuk..ttp jika anda engkar&tdk mghiraukan msj ini, anda akn mndpt musibah bsr slama 5Thun!Demi Allah"
  Jurukunci makam Saidina Rasul dr Mekah tlh bertemu dgn Rasulullah smbl berpesan kuat-kuatlah beribadah kerana dunia sudh tua dan goyah. Sebarkn sms ini ke 10 orang, Dalam waktu 10 hari dapat rezeki besar. Kalau tak disebarkn maka dapat kesulitan yang tidak ada henti-hentinya. Ini amanah. wallahualam..
Tu sebagai contoh je. Tapi kenyataan memang aku sering dapat. Yang geramnya kawan baik sendiri pun hantar esp masa nak dekat exam mesti ramai giler forward mesej macam tu yang ntah hape hape. Bila terima je mesej macam tu rasa macam nak nangis je. Tapi serius aku tak forward pun! Haha honestly aku pun keliru tapi 99% aku tak percaya semua ni. Sebab bila mesej tu cakap kalau tak forward akan menerima nasib buruk dan gagal exam. Eeee rasa mau cekik je orang yang mula-mula cipta mesej macm tu! Kita kan ada Allah. Allah yang tentukan. Asalkan kita yakin, dan tawakkal setelah berusaha. So aku tak rasa mesej macam tu perlu percaya dan diforwardkan. Membazir kredit adalah. Hiks.

Hmm korang pernah terima tak mesej macam tu dan pernah forwardkan kepada orang lain? Mulai sekarang tak payah lah ye even pada mulanya memang aku sendiri terpengaruh. Tapi sekarang Alhamdulillah selepas tanya ustaz sendiri dan search kat google.
Korang nak tahu lebih lanjut dan untuk lebih yakin, cuba baca kat laman web Islam ni.

4 comments :

  1. kadang2 info yang die bagi betul.. tapi masalahnye yg ujung2 tu.. mane ade tak sebar esok eksiden,hahahaha pandai buat org cuak.. jgn caye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah info tu memang betul. Excited bukan main baca yang mula-mula tapi last tu, hmmm lemah semangat pulak rasa. Haha.

      Delete
  2. Kalau saya , saya dah rasa msg tu msg berantai , terus delete . Tak baca sampai habis pon .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah same with me tapi sy baca sampai habis. Ahak ahak! :D

      Delete

Thanks for your comments :)

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah