Friday, 25 January 2013

UAI di Masjid Ibrahimi

Assalamualaikum

As uolls tahu, semalam 24 Januari 2013 selepas Maghrib ada kuliah agama daripada penceramah bebas yang sangat famous dan diminati ramai orang tak kira tua muda kecik besar. Sape lagi kalau bukan Ustaz Azhar Idrus. :-)

Aku pergi lebih kurang pukul 7. Fulamakkk gila ramai betul orang! Jauh dekat, semua datang. Yelah, bila lagi nak tunggu UAI datang tempat kita ni. Bukan selalu pun kan. Alhamdulillah walaupun lewat beliau datang disebabkan jammed oleh orang yg terlalu ramai, tapi semuanya berjalan dengan lancar. 

Banyak info yang kita tak tahu dan telah pun tahu semalam. Hik hik. Alhamdulillah jangan cuma dengar je tapi cuba lah ikut dari sehari ke sehari. Oh ya tak sangka gambar aku, kakak, dan mak aku pun termasuk dalam camera semalam. Hik hik. What a funny face lah aku ni. Tapi takpelah, at least ada jugak kenangan. Huahua. Thanks for the cameraman. Ntah sapa lah. Patut pun semalam banyak sangat flash. 

Tapi agak terkilan sebab aku terlupa nak bawak spec. Akibatnya, skrin ceramah tu aku tak dapat tengok dengan jelas. Nasib baik telinga aku masih berfungsi dengan baik. So, dengar je lah. Hukhuk. 

Aku selitkan sikit kat sini sekitar ceramah semalam. Aku curik dari fb UAI yang original punya. 






*Gambar aku yang tudung hijau tu. Haha! Sebelah yg tudung maroon tu kakak aku dan pakai telekung tu my beloved mak! 

Alhamdulillah. Everything was fine. Dan Alhamdulillah anggaran derma semalam sebanyak RM74,710. Wah banyak tu. Boleh la siapkan tahfiz yang baru dibina bersebelahan dengan masjid tu. :-)

0 comments :

Post a Comment

Thanks for your comments :)

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah