Friday, 1 March 2013

Tawaran ke?

Assalamualaikum

Oiyhhhh lama giler rasanya tk update blog. sekarang dah bulan mac. so memang lama lah kan. hiks. 
kali ni nak share sikit je. ha'ah sikit je. hari rabu bertarikh 27 februari aritu aku terkezzzuutt. sedih pun ada sebab dapat tahu kawan kawan aku dpt tawaran second intake ke sbp. yang paling aku sedih of course lah bila tahu bestfriend aku, Najwa dan Miha dapat offer ke SMS Setiu or SAIS. 
dan semestinyee diorang mahu pergi. :'(

balik rumah je nangis tak henti. aku yakin sesangat yang aku takkan dapat dah tawaran ke mana-mana sbp sebab aritu aku tak buat rayuan pun. tsskk! tapi time sedih cenggitu pun aku sempat bukak laman web kementerian pelajaran. ohmaiiii sambil air mata menitis aku terkejut sgt sebab 


serius hepi giler! ahaks. tak sangka. betul-betul tak sangka. mungkin ni lah dinamakan rezeki. terus aku kabor kat abah aku n print semua buku tawaran dan surat tawaran. eh jap! confirm aku nak pergi ni. 
hmmm aku text semua bff aku dan tetiba rasa sedih pulak. confuse sama ada nak pergi atau tak. 
then petang tu, kakak sulung aku text aku dan call. she said, tk payah pergi. sekolah tu no. 35 ranking SPM tahun 2011. err... i feel like &*@?

aku tahu aku tak boleh nak lawan cakap org yang dah berpengalaman esp kakak sulung aku tu dgn abang ipar aku. abang ipar aku org tganu so dia cakap sekolah tu pedalaman sikit. kalau nak dibandingkan dgn smk kamil, sekolah aku sekarang jauh lebih baik prestasi akademiknya. cuma smk kamil ni sekolah bestari je. belum diiktiraf sbg sekolah berasrama penuh. hikhik. 

a few days perasaan sedih aku tak hilang. selalu ingat pasal ni dan bila ingat je mesti sedih yang teramat sangat. then mulalah air mata ni keluar. :(

dari dulu lagi aku teringin nak pergi sbp/mrsm. tp aku redha dan pasrah. mungkin ada hikmah. lagi pun cuba lihat tokoh pelajar cemerlang di negara kita ni example Amalina Che Bakri, Madihah and etc. semuanya dari sekolah harian biasa. tapi berjaya buktikan kecemerlangan diorang. so ini maknanya walau kita sekolah kat mana-mana pun, pastikan kita usaha. banyak giler kata-kata dan nasihat dari abah utk aku. supaya aku lebih kuat dan jangan peduli cakap orang lain selain family aku. :') 

sekarang aku demam. mungkin terlalu banyak kesedihan. antibody pun kurang. hik hik.
lupa nak gitau, aku adore seorang kakak ni. aku pun tak kenal tpi aku story kat dia tentang ni. she said dia pun dari sekolah biasa. dia dapat tawaran ke sms seri puteri. fulamakk sbp top tu. tapi dia tolak. dia cakap belajar kat rumah lagi best dan dia dah buktikan dia berjaya dapat 10A dalam spm dan selalu dapat 4.0 masa matrik or asasi. aku lupa. Ya Allah, aku nak jadi macam dia jugakkkk. sekarang dia buat medic. aku doakan dia berjaya. dan aku pun boleh jadi macam dia. Aamiin.  

for those yg baca entry ni, doa lah untuk aku. aku nak berjaya. dapat 9A dalam SPM tahun depan. In Shaa Allah aku nak buktikan kpd kawan-kawan aku yg pergi sbp/mrsm. 

6 comments :

  1. semoga adik berjaya...x kira kita sekolah kat mana... usaha kita untuk berjaya tu yang mencorakkan... jangan sedih2 ek... mungkin ada hikmah disebaliknya... study smart tau... all the best in your future undertakings...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks so much akak! In Shaa Allah. :')

      Delete
  2. Kat mana-mana belajar pun sama aje...yg penting diri sendiri...kalau skolah sains,tapi diri malas tak boleh nk berjaya jugak...baik duk skolah biasa tapi kita rajin study...

    jemput join:

    http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/03/mini-ga-suka-suka-lestari.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul jugak tu :) Oh okay InShaa Allah nanti join. ^^

      Delete

Thanks for your comments :)

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah