Thursday, 24 January 2013

Cintai Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ni Khamis, 24 Januari 2013M bersamaan 12 Rabiuawwal 1434H. Umat Islam seluruh dunia menyambut hari yang penuh bersejarah ni. Hari Keputeraan Baginda Rasululullah S.A.W. :')


Rasulullah, 
dalam mengenangmu
kami susuri lembaran sirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran.

Engkau taburkan pengorbananmu
untuk umatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita 
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Ya Rasulullah Ya Rasulullah Ya Rasulullah. Jasa baginda S.A.W memang terlalu besar bagi seluruh umat Islam. Cuba jadikan baginda sebagai idola dalam kehiduoan seharian kita. Bukannya artis barat semata-mata okay. Kita selalu tiru cara pemakaian, cara makan, dan pergaulan artis. Tapi kita tak boleh nak tiru Nabi Muhammad S.A.W yang tidak pernah salah dari segi apa pun. Kenapa? 

Aku bukan nak tunjuk baik tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba untuk berubah ke arah kebaikan sekaligus mengajak orang lain ke arah yang sama. Allah pun suka. Tak kira lah masa lalu kita macam mana sekalipun asalkan dalam hati betul-betul ikhlas nak bertaubat, jangan pernah hina diri sendiri. 

Besarnya pengorbanan Rasulullah S.A.W dan kasihnya baginda terhadap seluruh umat Islam hinggakan sebelum wafat, baginda hanya menyebut "Ummati, ummati, ummati" yang bermaksud 'Ummatku, ummatku, ummatku'. So guys kenapa tidak kita mencintai Rasulullah S.A.W? Walau tak pernah melihat wajah baginda, tapi kita tahu serba sedikit kisah hidup baginda dan cuba mengetahui latar belakang baginda. So apa salahnya tanamkan cinta dan kasih kita kepada baginda Rasulullah. Besar nikmatnya. Besar pahalanya. Selawat bukan cuma hari ini tapi selawat lah setiap hari, setiap masa. :')

Tema Maulidur Rasul 1434H : 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'

p/s : Alhamdulillah. Lepas Maghrib nanti ada ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan. 

0 comments :

Post a Comment

Thanks for your comments :)

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah