Monday, 23 December 2013

Top Ranking Sekolah Menengah berdasarkan PMR 2013


Assalamualaikum

Hi helooo 

Nak share sikit sekolah menengah yg top berdasarkan result PMR yg terakhir ni. Tapi ni di Kelantan jelah sebab negeri lain kite tak tau heheh. Sekadar perkongsian. :)

1) SM Sains Pasir Puteh
2) SM Sains Tg Muhammad Faris Petra
3) SM Sains Machang
4) SMK Sultan Yahya Petra 2
5) SMK Dato' Ahmad Maher
6) SMKA Lati
7) SMK Kubang Bemban
8) SMKA Tok Bachok
9) SMKA Melor
10) SMKA Wataniah
11) SMK Dato' Perdana
12) Maktab Sultan Ismail (SIC)
13) SMK Zainab 1
14) SMK Kamil 
15) SMK Bachok
16) SABK Al-Kauthar 

Petikan dari akhbar Utusan Online :

KOTA BHARU 19 Dis. - Kelantan mencatatkan kejayaan paling cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dalam tempoh enam tahun sama ada dari sudut pencapaian Gred Purata Negeri (GPN), peratus lulus am, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan peratus kelulusan mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang berkata, negeri ini mencatat GPN 2.58 iaitu meningkat 0.04 daripada 2.62 tahun lalu dengan 99 buah sekolah menunjukkan peningkatan melebihi atau sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) tahun sebelumnya.
Beliau berkata, sebanyak 34,000 calon negeri ini telah mendaftar untuk menduduki PMR terdiri daripada 27,760 calon (81.65 peratus) dari sekolah Kementerian Pendidikan; 522 calon (1.53 peratus) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 82 calon (0.24 peratus) swasta/persendirian dan 5,636 calon (16.57 peratus) sekolah kerajaan negeri.

Menurutnya, seramai 67.89 peratus atau 18,449 calon sekolah Kementerian Pendidikan lulus sekurang-kurangnya minimum D dalam semua mata pelajaran berbanding 65.80 peratus tahun lalu dengan jumlah calon yang memperoleh semua A adalah 6.78 peratus atau seramai 1,839 orang berbanding 5.79 peratus pada 2012.

Tahniah dan Alhamdulillah Kelantan! 

Thursday, 19 December 2013

PMR


Assalamualaikum

Hai hello..

Hari ni dah sedia maklum yg result PMR keluar. Mesti junior junior yg batch '98 nervous je kan? Same lah macam kite tahun lepas. Makan tak kenyang, tidur tk lena, dan sewaktu dgnnya lagi lah haha. 

Tak nak taip panjang panjang cuma nak cakap semoga berjaya utk adik-adik ku esp SMK Kamil's PMR students 2013. PMR last. Semestinya gred pun rendah dan soalan pun tk susah sangat kan? Sebab tahun aku, tahun lepas adalah PMR paling susah. *hentak kaki tk puas hati! Tapi nasib baik syukur Alhamdulillah aku dapat straight A's. Ni  lah namanya rezeki dan ganjaran atas usaha kite slama ni. Ye dok? 

Teringat pulak lepas dpt result tahun lps, dapat pelukan mak abah. Subhanallah! Nikmat sangat. Rasa bahagia je sebab dapat buat mak abah kite happy kan? :') Tu je yg aku nak sebenarnya. Berkongsi kejayaan dgn family tercinta. 

For those yg tak dapat straight A's, pls dont give up. Ramai je yang tak cemerlang PMR tapi mampu buktikan kecemerlangan diorang di SPM nanti. Yg tu lagi hebat. Dan ramai jugak kan yg tak cemerlang SPM, tapi cemerlang dapat 4 flat masa di matriks/universiti. Ha yang ni lagi hebat. :) 

Apa apa pun yakin dgn kuasa Allah. Man jadda wajada. Kalau kite dah usaha, InsyaAllah Allah beri yg terbaik untuk kite kan. Tahun depan aku SPM. Harap sngat Allah beri aku kecemerlangan 9A. Begitu juga dgn rakan seperjuangan aku. Aamiin. 

Oh ya, paling penting biar result kite tu ori tau! Maksud aku, biarlah masa exam tu hasil usaha kita sdirik. Bukan meniru atau dapat skema jawapan! Haa yg tu lagi berbaloi dan percayalah, bila usaha kita sdiri kita akan rasa lebih bahagia. Ye, betul. Tak tipu sikit pun. So, pls percaya diri sendiri. Org yg dpat 8A/9A tapi sebab meniru, hmm tak ke mana jugak. Kalau dapat SBP/MRSM pun, tak boleh nk score. Kite tak nak mcm tu kan? :) 

That's all la kot. Apa-apa pun, rezeki Allah ada di mana-mana asalkan kita usaha, doa, kemudian tawakkal. Dan setiap rezeki hambaNya berbeza. :')

Doakan saya dan kawan-kawan dalam SPM tahun depan ye. Lagi penting dari PMR ni. Hehe :') 

Wednesday, 18 December 2013

December Giveaway by Fatin Diana


Assalamualaikum.


Senarai hadiah :



Thursday, 12 December 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih


Assalamualaikum



Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponseroleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha MahuWan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Sunday, 8 December 2013

Halau Lipas


Assalamualaikum

Hai hai. Hari ni rasa macam boring. So decide nak share sikitlah tips atau petua nk halau lipas ni. Esp for girls, nampak je lipas mesti rasa qwuepwripgvhg kan? Kalau lipas terbang lagiii lah. Tengok je ada lipas terbang, mesti mata kita tak lepas pun dari tgk kat lipas tu kan? Sebab nya takut dia terbang mai sini haha.

Tak nak post gambar lipas. Tgk pun kite dah geli. Takut pun hado. T__T

Caranya mudah sangat as easy as ABC 123 je. Ekekkeke.
Ambil daun pandan dan letaklah kat dalam kabinet ke tempat tempat gelap ke. Haaa tempat yang berkemungkinan besar utk lipas dtg. So letakla daun pandan tu.

Satu lagi, kalau takmo daun pandan, ambil sabun wangi suka hatilah brand apa pun janji wangi. Potong bentuk dadu atau kecil kecil dan letaklah di setiap corner, dalam kabinet dan sbgnya.

Well, lipas kan serangga yang sukakan kekotoran dan gelap. Soooo taruk je benda wangi wangi, lipas pun blah lah. That's why kite tak suka lipas. Ucukkk. T___T

Kalau tak nak buat semua tu, pergi je kedai dan beli racun serangga/racun lipas. Sembur ajeeee. Kahkahkah. Okay that's all. Tataaa!

Wednesday, 27 November 2013

Tips cantik mudah dan murah!

Assalamualaikum hai hellooo.

Alhamdulillah sy ni bukannya kedekut sangat jadi tlintas pulak nak share kat korang tentang beberapa tips cantik. well, manusia dgn kecantikan memang tidak dpt dipisahkan pun kan. esp girls. heheh. ye, memang kite bersyukur apa yg dikurniakan Allah. takde cacat cela mana dah pun. tapi Allah juga ilhamkan kpd sesetengah hambaNya untuk berfikir dan mencipta sesuatu untuk menjaga kecantikan semulajadi yg telah Dia anaugerahkan. dan kite pulak Allah suruh kite fikir mana satu produk yang baik dan halal dan mana yang tidak. betul tak?

okayla taknak taip banyak banyak dah. nak share kat korang ni. bukan tips sangat sebenarnya. tapi cara atau produk yang insyaAllah menjadi untuk lebih mencantikkan kite. hehe :)


ha ni lah dia! rasanya mesti sesetengah dri korang dah tau kan tentang Shiseido ni. produk dari Jepun yang boleh dipakai oleh semua golongan esp yang ada masalah blackheads kat hidung. tapi pakailah kat semua tempat di muka untuk nampak lebih berseri-serii. ye dak? heheh. yang ni memang kite berani jamin sebab family kite dah try. lucu rasanya bila abah dan abang abang kite pakai. abis hitam muka macam nak pergi perang. ada gambar sebenarnya tapi taknak post la, nanti diorang marah hahaha. nak tau kesan lepas buang mask tu dari muka? semua blackheads yang terlekat esp kat hidung tercabut! buktinya, ia terlekat kat mask tu. weeee abah dan abang abang kite time tu rasa bangga giler kot! haha. muka diorang pun nampak lebih putih sikit. serius tak tipu! *muka serius berkerut-kerut ni.

abah dan abang abang kite lah yang pakai buatkan kite jadi yakin jadi. dgn izin Allah. hehe xD
so laki pompuan semua boleh pakai. kengkawan abang kite pun beli sampai 10-20 paket sekaligus. kengkawan kakak kite pun setiap kali beli mesti 5/10 paket. dan beli secara berterusan sampai sekarang. 



cara nak pakai :
1) basuh muka dgn air suam atau toner supaya liang-liang pori terbuka.
*kite ingat lagi abang kite pergi basuh dgn air panas. sampai merah muka dia! haha kelakar gile. kesian dia salah faham pulak. org cakap air suam. kekeke.

2) sapulah mask tu kat muka korang! :D

3) biarkan ia kat muka selama 30 minit kemudian cuci la :)

4) untuk hasil yang lebih besttt, pakai setiap malam okay! rajinkan diri kalau nak jaga kecantikan yang Allah kasi ni. apa yang penting, pakai apa-apa pun mesti kena rajin dan sabar okay.

yeayy hidung dah comel! kehkehkeh. 

so macam mana? jangan fikir lagi. semua jenis kulit boleh. InsyaAllah jangan risau tau :) 
buat apa guna yang mahal kalau benda murah dan takde effect pun menjadi kan? mcam Shiseido Black Mask ni lah. murah dan menjadi. harganya cuma RM2 satu paket kecik. untuk students pun lagilah boleh sebab murah je :) 

tapi kalau nak, kena beli 10 paket dan ke atas. kalau bawah 10, tak jual sebab ye la kan, takkan nak pos w/pun korang cuma beli satu/dua paket. hehe kan? 

SMS penjualnya di nombor ni : 019 9577184 
*akan ada fb page nanti.
jangan risau sebab penjualnya kakak kite sdirik! ekekeke. kite cuma tolong je. serius langsung takde unsur penipuan. dont worry be happy. :)

ada lagi tips cantik! klik SINI utk post yang seterusnya. 


Setelah sekian lama, kini kembali...

Assalamualaikum hey hello.

lamanya tk update. berkurun dh rasanya. apalah aku ni. kekeke.
disebabkan sekarang ni tgh cuti hjg tahun, ambil la masa kejap nk happpdate. tapi tk boleh selalu jugak sbb tahun depan dah essspii em. apa tu? SPM lah. kahkah. so guys, any tips for me mcm mana nak tingkatkan traffic blog ni balik? mcm mana nak dptkan pembaca utk entry kite balik? haha gedik je. tapi betul ni. pertanyaan serius! kite boring kuasa patbelas dah ni. nak baca buku kejap2 lagilah. ekekeke.

kalau cakap pasal exam akhir tahun pulak, em em em nak kata bagus tu taklah sangat. memang tak pun sebenarnya. huwaaaaaaaaa. bila tau result, mata kite dh jadi macam ni dah T__T. sedih. frust. pilu. kecewa. dan bermacam lagi perasaan negatif yg keluar tanpa diundang. em em em.
kite dapat 5A je. 5A/9A. hebat tak? hahaha. kalau kata hebat, memang tak ah. org lain dapat 6,7,8,9,10. kite dapat 5 je? salah siapa? cuba cakap. salah diri sendirilahhh. salah siapa lagikan? memang time ni rasa lah kerdil kalau nak dibandingkan dgn kengkawan kite yg lain. tambah2 pula kite dok kls first, so byk sangat saingan. semua kengkawan dpt markah tinggi tinggi. adalah timbul perasaan jealous tahap dewa tu tapi utk lebih berjaya dan jadikan semangat utk kite takpe kan? hehe. dah dia usaha. op kos lah dia berjaya. kan kan? bila tgk je result, rasa takut pulak. takut tak dpt kelas first utk tahun depan. tahun last kite kat sekolah. betul betul risau tp kite tak ckap lah kat parents sebab memang salah kite tak usaha betul betul sblum exam huhu. nanti dapat full result, kite cakaplah. haha.

tapi syukur Alhamdulillah, kawan kite Nurin yg comel comel ni cakap kita dapat kls first untuk tahun depan. dia tau sebab list dah ada kat umi dia. umi dia cikgu biologi sekaligus penyelaras tingkatan lima, guru cemerlang biologi, guru kecemerlangan espii em a.k.a spm. haha. dia cikgu cemerlang dah, tp apsal kita ni tk pernah lagi dpat A biologi setiap kali exam? ha salah siapa. T__T
so legaaaaaaaaa. rasa mcm baru boleh bernafas slps tahu kite dpt jugak first class. kata org, first class ni pressure sikit. cikgu target kita, so diorang bagi bagi dan bagi kerja banyakk sebab bagi diorang, kitorang yg kelas pertama ni memang dh pandai. haishhh tu kengkawan kite. tp kite tak pandai lagi. sobs sob.

rasanya tu je kot utk kali ni. for the first time kononnya setelah sekian lama hilang, tk menaip, kini kembali... haha bukan main lagi eh tajuk entry ni. macam saspen sikit pun hadoo. tapi sikit jelah. kuikuikekeke.
kalau korang rajin dan baik hati, bagilah tips eh mcm mana nak bijakkan otak, rajinkan diri, dan sukses sepanjang kite bergelar senior tahun depan. plishhh. heheh. doakan kite eh. semoga awak semua pun sukses jugak. sama sama sukses dunia dan akhirat. insyaAllah Aamiin. :'))



takde yg lebih indah dan bahagia selain dpt gembirakan mak ayah kite kan?

Friday, 24 May 2013

Al-Fatihah kepada cikgu yg banyak berjasa!

Assalamualaikum

Hari ni tanggal 24 Mei 2013. Jumaat yang hening dan terasa hambarnya. Tapi Jumaat ialah penghulu segala hari. Dan hari ni seluruh warga Kamil mendapat berita yg sangat sangat menyedihkan. :'/

Guru Cemerlang Matematik PMR, Encik Zulkifli bin Idris telah kembali ke rahmatullah selepas Subuh tadi. Mulianya cikgu meninggal pada hari Jumaat. Tapi serious bila je tahu berita tu air mata laju je mengalir. Hanya Allah saje yang tahu aku betul-betul rasa kehilangan sebutir permata. Kehilangan seorang cikgu yang selalu mengambil berat tentang pelajarnya. Cikgu yang selalu inginkan yang terbaik untuk semua pelajarnya. 

Selepas ni takde lagi cikgu yang akan tegur aku kat sekolah. Takde lagi cikgu yang akan bertanyakan khabar bekas pelajarnya iaitu kakak sulung aku yang telah pun bergelar doktor. Ya Allah, memang pada mulanya aku tak percaya dan aku macam tak boleh terima je kepergian cikgu. Rasa macam sekejap je. Aku sempat melawat cikgu kat hospital 2 kali sebelum cikgu dibawa pulang ke rumah dan meninggal. Aku lega sebab aku mampu melihat cikgu w/pun masa tu cikgu masih lagi tidak sedarkan diri. 

Arwah baik orangnya. Kaki masjid. Dan sentiasa ikhlas dalam mengajar anak muridnya sehingga pandai. Cikgu mengajar dgn baik sangat. Pelajar yg fail Maths pun boleh dapatkan A dalam PMR berkat usaha beliau yg tak pernah jemu. Alhamdulillah cikgu pernah mengajar aku sekejap masa form one. Tapi sekejap je, tu pun ganti Cikgu Azmi. 

Aku melawat Cikgu Zul kat rumahnya tadi. Ramai cikgu sekolah yang datang. Pelajar pun ramai termasuklah pelajar yang telah lama meninggalkan bangku persekolahan. Jelas sangat jasa cikgu memang sukar untuk kami, para pelajar untuk lupakannya. Jasa cikgu terlalu besar! Kami sayang cikgu sangat-sangat dan kami berasa kehilangan saat ni. :'( 

Ya Allah, Engkau ampunkanlah Cikgu Zul. Tempatkan beliau di kalangan orang yang beriman dan yang paling mulia disisimu. Engkau Yang Maha Mengetahui Ya Allah. Engkau tahu dan kami semua tahu arwah baik orangnya. Dan aku berharap Cikgu Zul akan mendoakan kami, pelajarnya di sana. 
Demi Allah. Aku sedih sangat-sangat hari ni. Hambarnya rasa. Kuatkan aku Ya Allah. Bantulah aku untuk terima kenyataan bahawa Cikgu Zul memang sudah pergi meninggalkan dunia ini. Setiap yang hidup pasti akan mati. Semua orang di sekeliling kita adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa je Allah boleh ambil balik kepunyaanNya. 

Pembaca post ni, sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga kita juga mendapat pahala dan cikgu turut mendoakan kita. Aamiin. =')


Gambar masa sambutan hari raya 2012. Nampaknya tu tahun last sambut dgn beliau. Allah Maha Besar, aku tak tahu macam mana pada tahun tu aku tergerak hati untuk bergambar dgn beliau. Rupanya ada hikmah. Sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa tahun 2012 adalah tahun terakhir arwah menyambut hari raya. Allahuakbar. :'(

Banyak sangat baju?

Assalamualaikum


Banyak sangat baju yg masih elok tapi dah tak muat? Tak up-to-date? Ha! Ni lah masa yg sesuai untuk buat amal jariah. Hehehe donate kan baju korang tu pada 23 hingga 26 Mei ini. Information kat banner atas ni. Saya tahu majority drp kite ni banyak sangat baju tapi tak tahu bila nak pakai dan mungkin tak kan pakai dah. So buat ape simpan banyak-banyak dlm wardrobe kan? But make sure pakaian korang masih elok. Tak koyak sana sini masa nak donate ni. 

Go now! Let's donate! 

Thursday, 23 May 2013

Teacher's day!

Assalamualaikum

Haloha! I'm coming back with a new post and new story of course. Hehee. 
Hari ni dah 23 Mei tapi apsal aku baru update pasal hari guru ni? Ha fyi, my school baru je celebrate because of examinations selama 2 minggu. Hari Rabu (semalam) baru habis. So terpaksa postponed ke hari ni. Ermm how about my exams? Errr okay la kot. Kot lah. Haha usaha dah w/pun belum sehabisnya lagi hee tawakkal jelah. :')

Okay macam mana pulak dgn celebration tadi ha? Aaaaa takde ah meriah sgt. Jujur aku cakap sambutan kat sekolah menengah takde la semeriah sekolah rendah dlu. Rindu la jgk time primary tu. Ingat lagi masa tu, bila tiba je sehari sebelum hari guru tu mesti kalut belikan hadiah utk semua guru yg mengajar. Kalau tak bwak hadiah, rasa malu sgt la sebab kengkawan yg lain bawak banyak sangat lol. Tapi aku beli sekadar yg mampu jelah. Tak mau la sampai menyusahkan mak bapak pulak kan. Ehee. 

Berbeza pulak bila secondary school ni. For sure, dah tak boleh tengok dah bebudak bawak hadiah sampai tak cukup tangan! Tapi ada lah yg kaya dan baik hati tu belikan hadiah utk cikgu diorang. Tapi budak sekolah menengah ni memilih ah sikit. Tak beli semua untuk cikgu yg mengajar tapi beli untuk cikgu yg diorang betul betul minat je haha. That's my observation la. Sebab tu boleh kasi hadiah mahal. :b

Btw tadi aturcara lebih kurang macam ni lah :

1- Solat dhuha dan hajat berjemaah. (semua guru dan pelajar)
2- Kemas dan bersihkan kelas sebelum cuti 2 minggu!
3- Rehat. *Tapi sedih sebab air dan makanan sendirian berhad :(4- Semua pelajar biasa masuk dewan.
5- Pengawas sekolah. PRS, PSS, monitors dan assts. monitors beratur utk iringi guru ke dewan.
6- Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan lagu sekolah.
7- Ucapan wakil pelajar.
8- Ucapan pengetua.
9- Semua guru menyanyikan lagu Guru Malaysia.
10- Penyampaian sijil guru cemerlang PMR, SPM, STPM.
11- Persembahan! Ada choral speaking, choir in Chinese, nasyid, nyanyian dari band sekolah, dan dikir barat.

Haa tu jelah. Takde sukaneka ke apa pun. But okay la. Not bad haha. Yg tk tahannya, masa persembahan, bebudak keluarkan ipad dgan tab je banyak! Amboiiii jealous kite. --"

One more! Lupa nak cakap yg aku kena pakaikan bunga kat tudung GK Bahasa. Ahahaha terketar-ketar tangan sampaikan GK tu pun tegur. Kehkeh first time bebeh. Ape lah aku ni. T__T

That's all la kot. Nak upload gambar tak boleh sebab aku tak bawak apa apa gadjet pun tadi. Handphone pun tak. Ahaha. So tgh tunggu gambar kat fb sekolah la ni. :D

Stop kat sini jelah. Tk tahu nak cakap ape lagi. Lagi pun dah Maghrib dah ni. Selamat bercuti semua! 

Sunday, 12 May 2013

Best sample English essay

Assalamualaikum

Hi guys. I'm back after a long time. Teheee finally. :D
Nak share sikit. Sample English essay. Eh BEST sample act. Hehe first time baca, it attracts me a lot! 

This is the quest ; 
Write a story with the ending, "If only I had been more careful, that wouldn't have happened". Your story should not be less than 350 words.

Tonight was a cold and stormy night. The doors slammed shut as the rustling sound of the leaves could be heared. The storm had been like this for the past three days. I sat on my bed thinking if I had upset the Gods above in heaven. As I lay my head down soft and gently on my comfy pillow, I wondered if mom and dad were okay. They had gone for a vacation to the bahamas and I had to stay back because of my exams. I wasn't worried about it as I've stayed alone many times.

Suddenly, the lights went out. My heart raced in agony as the storm got worse. I could see lightning lashing onto my gate and the roaring sound of thunder that came along. I pulled myself together and realised I needed to light some candles. So I headed downstairs with my trusty torchlight and worked my way to the storage room. I found the candles and begun to light them all over the house. I couldn't stand the fact that the darkness was playing games with my mind.

An hour had passed till I realised something wasn't right. I felt as if something else besides me was in the house. I panicked. My mind filled with fear but I had to be sure I was right. So, I searched all the rooms on the same floor and found nothing. So I carefully walked down staircase. As I was walking, I realised all the candles that I had lit were put out. I was surprised but aware that there could be someone else in the house. My mind pondered as to how i was going to sneak around without alerting the possibly dangerous stranger.

Then, it happened. As I hid behind one of the room's doors. I saw someone walk by me. He was a huge muscular guy who wore a beard and had hair that was so curly a fly could get stuck if it went through it. I was puzzled. Why would someone want to break into my house, I asked myself. I noticed the man had a huge revolver on his belt. The same one the cops used. I didn't want to stick around and aak questions. I had to call the cops. So I crept towards the phone and thank God it was still working. I made a distressed call and the cops said they would be at my house in five minutes.

As I crept back upstairs, I accidently knocked over a small lamp and it broke. By this time I knew the stranger had been alerted. I was scared and feared for my life. My fears turned into my worst nightmare as I heard a loud noise. I was shot in the chest. I could feel blood oozing all over my shirt. The stranger walked towards me while mumbling words I just couln't understand. I thought I was a dead man. Then a miracle happened just as the stranger was about to finish me off. I heard a second gunshot and the stranger was down. It was the cops who had arrived.

I was rushed to the hospital and the doctors commenced emergency surgery on me to remove the bullet. I was then transferred to the Intensive Care Unit(ICU) as the bullet had hit my lungs and I was unable to breathe properly. My parents rushed back as soon as they got the news. I was lucky to be alive. The doctor had explained that if the bullet had hit me a bit more to the left , it would have hit my heart and I would be dead. Nobody knew who the stranger was or what he wanted. If only I had been more careful, that wouldn't have happened.

Friday, 29 March 2013

Reasons why you're my bestfriends.

Assalamualaikum

In this entry, I would like to tell you why why and why I act them as my bestfriends! They're all my hearts. Hihi. :')

#001 - I can tell you anything and you won't be shocked. 
#004 - When I'm really down you cry with me. 
#023 - I'd trust you with my life and you'd trust me with yours. 
#033 - We have private jokes. 
#038 - I take pleasure in your competence. 
#051 - I know your moods so well that I know exactly when to press you to tell me what's wrong- and when to leave you in peace. 
#052 - You're honest but tactful. Usually. 
#054 - If I'm way out of line, you tell me.And when I'm doing a good job, you tell me that too. 
#065 - You think I'm smart, capable, clever and pretty. You're my one-woman cheering section. 
#094 - Sometimes we're under a lot of stress and we snap at each other.Look, these things happen between friends. We get past it. 
#098 - You send me encouraging e-mails at critical moments and I send them to you, too. 
#109 - You stop me firmly when I start apologizing for things that aren't my fault. 
#110 - You bring your problems to me and let me help you solve them. 
#122 - We don't look alike and we don't sound alike- but we think alike on all the important things and that's what counts. 
#124 - You make room for me in your life, even when your life is crowded and busy. 
#125 - I'm not embarassed to cry in front of you. 
#128 - I admire your self-control: You actually think before you speak. 
#132 - I appreciate how you ferret out my secrets when I really want to tell you but can't quite bring myself to do it. 
#139 - No one else gives me the total attention you do, when I have a problem or just need to talk. 
#142 - I never felt that any of our arguments or disagreements would end our friendship. 
#160 - When I'm procrastinating hopelessly, you give me the push I need to get going. 
#175 - You know my dark side and I know yours. No judgments. 
#183 - I don't have to watch what I say when we're talking, the way I do when I'm talking with certain other people. And you know who I mean. 
#209 - Somtimes you give me tough love when I really need gentle love- but I know that's because you're worried about me. 
#215 - There are a few dicery things lurking in my past and you're the only one who knows about them- but you don't hold them against me. 
#226 - You love to laugh. 
#230 - You're better than a sister: No sibling rivalry. 
#248 - You laugh at my jokes. 
#249 - You always know the right thing to say. 
#252 - Sometimes you don't have time for me. That might make me sad or hurt for a while, but hey, you'll be back. 
#274 - Your love for me is as unconditional as mine is for you. 
#300 - One hug from you is worth 10 from any other friend. 
#366 - You never get clingy, but you don't mind if I occasionally do. 
#460 - You're an angel on my shoulder. 
#463 - We take pride in each other's accomplishments. 
#466 - We've hit a few rough spots, but with love and patience we smoothed them out. 
#477 - Secrets are secrets and we'd never reveal each other's. 
#486 - The good, the bad and the ugly- we've been through them all and we're still friends. 
#500 - You may misbehave, I may misbehave, but best friends accept best friends, misbehavior and all. That's how it is. 








Photos on Tuesday - 27th of March 2013. :)

Monday, 25 March 2013

Hadiah Menarik utk Korang!

Assalamualaikum



Peplum X 1
  • Lina Izzati
Topup RM5 X 14
  • Aisyah Humaira'
  • Emas Putih
  • Nur Faezah
  • Ieymah
  • Sufiana Ramli
  • Imaniah
  • Husna Humairah
  • Asiah Aisa

Topup RM10 X 1
  • Ieymah
Keychain X 3
  • Imaniah
Blouse X 1
  • Puteri
Buku Motivasi X 1
  • Puteri
Cute Ribbon X 2
  • Nabila Medan
Shiseido Blackhead Mask X 3
  • KD
Mystery Gift X 2
  • Nabila Medan
Novel X 2
  • Asiah Aisa
  • Aisyah Humaira
Jam Dinding [gambar sendiri] X 1
  • Imaniah
Mesti terliur kan? Ha! Join cepat GA ni. ;)
CLICK HERE for joining this awesome GA. 

Thursday, 21 March 2013

Congrats Kamilians!

Assalamualaikum

Hari ni dah sedia maklum yang result SPM keluar di seluruh sekolah menengah di Malaysia. Tahniah tahniah tahniah kpd semua calon SPM 2012! Korang dah buat yg terrrrrbaik! :)

Bagi yang dapat straight A's, sejuta kali tahniah :) Memang hebat sangat sangat! Harap boleh jadi inspire aku untuk belajar bersungguh-sungguh utk SPM tahun 2014 nanti. In Shaa Allah. Kakak, abang, doakan junior ni. :')

Tapiiii bagi yg dah berjaya tu kena tingkatkan usaha lagi untuk selalu dapat pointer yg tinggi di IPTA/IPTS. Ingat tau, kejayaan hari ni bukan penjamin kejayaan pada masa akan datang. Semuanya bergantung atas kita. Bukan aku nak tunjuk baik atau nak show off kononnya aku tahu semuaa, ishh takde ah mcm tu. Cuma apa-apa pun keputusan, jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH dan solat sunat syukur esp orang yg dpt straight A's. Kejayaan itu kita akan dapat jika Allah memberkati dgn izinNya. Jangan enjoy sgt bagi yang dah berjaya dan jangan frust sangat bagi yang tak. Allah dah plan yg terrbaik untuk semua hambaNya. Minta maaf dgn mak abah dan family if tak dpat keputusan yg membanggakan. Tapi jgn lupa berterima kasihlah kpd mereka jika kita telah pun berjaya. Semua ni berkat doa ibu bapa dan cikgu cikgu juga! 

Oh ya, tahniah kepada sekolah aku. SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan kerana berjaya mengekalkan kelulusan 100% dan bilangan orang yg mendapat straight A's meningkat dengan mendadak iaitu dari 3 orang straight A's pada tahun 2011 hingga 13 orang straight A's tahun 2012! :D
Harap tahun aku, tahun 2014 akan turut membanggakan dan In Shaa Allah aku boleh menjadi salah seorang pelajar straight A's. Aamiin Ya Rabb! :')


22 orang yang mendapat 8A ke atas. (13 orang straight A's) 
Semoga menjadi idola untuk kita supaya terus berjaya seperti mereka. 

A big CONGRATULATIONS to all of them! 

Friday, 15 March 2013

Kisah isteri derhaka

Assalamualaikum

Kat sini aku nak share sikit tentang satu citer ni. Jangan sekadar baca tpi kenalah ambil iktibar kan. Hiks semoga kita dijauhkan daripada menjadi orang-orang yg derhaka. :')
.
.
.

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok. 

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk. 

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin. 

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai. 

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. 
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin. 

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam. 

“Entahlah.” katanya perlahan, 

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin. 

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya. 
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya. 

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya. 

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,” jelas Arifin. 

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut 
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin. 

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. 

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. 
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. 

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. 

Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku. 

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu 
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”. 

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. 

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin. 

“InsyaAllah.” Balas saya. 

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati. 

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?” 

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin. 
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya. 

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung. 

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. 

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. 

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. 

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding. 

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. 

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”. 

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin. 

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. 

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan. 

“Keluar lendir bercampur nanah.” 

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu. 

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya. 

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.” 

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya. 

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. 
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin. 

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. 

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. 

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. 

“Ustaz,”katanya, 

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustaz” 

“Kenapa?”pantas saya bertanya… 

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya; 

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya. 

Saya tanya “Kenapa?” 

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. 

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.” 
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. 

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. 

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu. 

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. 
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya. 

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. 

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.” 

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. 

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.” 

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik. 

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. 
Mungkin dia terkejut. 

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. 

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya. 

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali. 
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. 

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia. 

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan. 
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa. Wallahualam 

Sumber : http://ustazlove.com/blog/

Tuesday, 12 March 2013

Mcm mana nak skor?

Assalamualaikum.

Lama giler tak update blog ni. Bukak pun jareng benor sekarang. Tgklah followers tu, tak meningkat pun. Traffic lagi lah takk! Hahaha. -,-

Err dahla. bukan nak citer sal tu pun sebenarnya. kite kat sini sedih giler giler lah rasanya! Erghhhhh. tak tahu nak describe acane lagi. minggu ni bermula hari ahad lepas, bermulalah PKBS 1. nak kata ready tu tak lah kot. around 80% je. kahkahkah. al maklumlah budak baru tingkatan 4. :p
dan hari ni hari selasa. tadi. aku exam addmaths! iyaaaaaaaaaa most of my friends said, it is a killer subject! maybe? for those yang terror dan minat addmaths tak killer killer pun. sahabat baik diorang adalah. kekeke. aku harap addmaths akan jadi bestfriend aku jgk one day! yeah one day. tapi bila tu? -.-

tak dinafikan lagi, malam sebelum exam tu bukan main lagi aku buat latihan addmaths sengsorang. tapi Alhamdulillah sebab aku dapat jawab dan mula faham. dalam hati ada jugak cakap, "apsal aku bengap sebelum ni? soalan bukan main mudah. hahaha." okay mudah lah kot. depends on the questions jgk lah. seriously aku nervous sebab aku tak terer pun subjek ni. bab mengira ngira ni aku minatlah jgk tapi tak up sangatlah. hmmm i dont know why. banyak dosa kot? Astaghfirullahazim. 

pukul 8 pagi start exam Pend. Islam. ahaks! subjek kegemaran aku jgk sebenarnya masa sekolah rendah dulu dan menengah rendah. sekarang? err bolehlah. haha. then habis pukul 10 rasanya. pukul 12.30 baru start exam addmaths. lama kan gap tu? disebabkan  lama tuuuuu aku n the gang ambil buku latihan buat semuaaaa tajuk bab 1 dan bab 2 yg akan keluar. haishhhh serius aku ckp, bila tgn buat tajuk tu, hati rasa nak buat tajuk lain pulak. nervous sesangat. tapi nak kata lega tu bolehlah sebab aku dah reti nak buat! kekeke. tapiiii...

masa tgh jawab exam, soalan lebih kurang yg aku buat latihan sebelum ni tapi masyaAllah, aku lupa. terus lupa dan blankkkkk. T____T Ya Allah, serius rasa nak menitis je air mata ni. memang soalan takde lah susah sangat pun tapi aku yang memayahkan sebab aku lupa step by step! :'(

bila difikirkan balik, aku tahu ni semua sebab aku study last minute. benda yang aku dah ingat semua jadi hilang masa exam. ni lah padahnya. rasa menyesal sebab tak buat latihan hari hari sebelum ni. kalau tak, mungkin tak akan jadi mcm ni. at least mesti aku akan ingat sebab dah banyak sgt buat latihan kan? hmm okay. nasi sudah menjadi bubur. kite tunggu dan lihat je lah berapa agaknya markah yang akan dapat nanti. aku jealous sangat sangat dgn orang yg terror addmaths hingga boleh skor A+. acane diorang buat sebenarnya? memang diorang dilahirkan genius maths eh? apsal bukan aku? :(

aku taknak dipandang rendah. aku taknak kengkawan dan cecikgu aku tak suka aku sebab aku lemah addmaths. hmmm. *jauh sgt ke aku fikir ni? hehe. 

help me please. aku nak A+ dalam semua subjek especially Matematik Tambahan! kalau dapat A saje pun dah bersukur sgt sgt dah aku ni. help me please? :'(


Friday, 1 March 2013

Tawaran ke?

Assalamualaikum

Oiyhhhh lama giler rasanya tk update blog. sekarang dah bulan mac. so memang lama lah kan. hiks. 
kali ni nak share sikit je. ha'ah sikit je. hari rabu bertarikh 27 februari aritu aku terkezzzuutt. sedih pun ada sebab dapat tahu kawan kawan aku dpt tawaran second intake ke sbp. yang paling aku sedih of course lah bila tahu bestfriend aku, Najwa dan Miha dapat offer ke SMS Setiu or SAIS. 
dan semestinyee diorang mahu pergi. :'(

balik rumah je nangis tak henti. aku yakin sesangat yang aku takkan dapat dah tawaran ke mana-mana sbp sebab aritu aku tak buat rayuan pun. tsskk! tapi time sedih cenggitu pun aku sempat bukak laman web kementerian pelajaran. ohmaiiii sambil air mata menitis aku terkejut sgt sebab 


serius hepi giler! ahaks. tak sangka. betul-betul tak sangka. mungkin ni lah dinamakan rezeki. terus aku kabor kat abah aku n print semua buku tawaran dan surat tawaran. eh jap! confirm aku nak pergi ni. 
hmmm aku text semua bff aku dan tetiba rasa sedih pulak. confuse sama ada nak pergi atau tak. 
then petang tu, kakak sulung aku text aku dan call. she said, tk payah pergi. sekolah tu no. 35 ranking SPM tahun 2011. err... i feel like &*@?

aku tahu aku tak boleh nak lawan cakap org yang dah berpengalaman esp kakak sulung aku tu dgn abang ipar aku. abang ipar aku org tganu so dia cakap sekolah tu pedalaman sikit. kalau nak dibandingkan dgn smk kamil, sekolah aku sekarang jauh lebih baik prestasi akademiknya. cuma smk kamil ni sekolah bestari je. belum diiktiraf sbg sekolah berasrama penuh. hikhik. 

a few days perasaan sedih aku tak hilang. selalu ingat pasal ni dan bila ingat je mesti sedih yang teramat sangat. then mulalah air mata ni keluar. :(

dari dulu lagi aku teringin nak pergi sbp/mrsm. tp aku redha dan pasrah. mungkin ada hikmah. lagi pun cuba lihat tokoh pelajar cemerlang di negara kita ni example Amalina Che Bakri, Madihah and etc. semuanya dari sekolah harian biasa. tapi berjaya buktikan kecemerlangan diorang. so ini maknanya walau kita sekolah kat mana-mana pun, pastikan kita usaha. banyak giler kata-kata dan nasihat dari abah utk aku. supaya aku lebih kuat dan jangan peduli cakap orang lain selain family aku. :') 

sekarang aku demam. mungkin terlalu banyak kesedihan. antibody pun kurang. hik hik.
lupa nak gitau, aku adore seorang kakak ni. aku pun tak kenal tpi aku story kat dia tentang ni. she said dia pun dari sekolah biasa. dia dapat tawaran ke sms seri puteri. fulamakk sbp top tu. tapi dia tolak. dia cakap belajar kat rumah lagi best dan dia dah buktikan dia berjaya dapat 10A dalam spm dan selalu dapat 4.0 masa matrik or asasi. aku lupa. Ya Allah, aku nak jadi macam dia jugakkkk. sekarang dia buat medic. aku doakan dia berjaya. dan aku pun boleh jadi macam dia. Aamiin.  

for those yg baca entry ni, doa lah untuk aku. aku nak berjaya. dapat 9A dalam SPM tahun depan. In Shaa Allah aku nak buktikan kpd kawan-kawan aku yg pergi sbp/mrsm. 

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah