Monday, 23 December 2013

Top Ranking Sekolah Menengah berdasarkan PMR 2013


Assalamualaikum

Hi helooo 

Nak share sikit sekolah menengah yg top berdasarkan result PMR yg terakhir ni. Tapi ni di Kelantan jelah sebab negeri lain kite tak tau heheh. Sekadar perkongsian. :)

1) SM Sains Pasir Puteh
2) SM Sains Tg Muhammad Faris Petra
3) SM Sains Machang
4) SMK Sultan Yahya Petra 2
5) SMK Dato' Ahmad Maher
6) SMKA Lati
7) SMK Kubang Bemban
8) SMKA Tok Bachok
9) SMKA Melor
10) SMKA Wataniah
11) SMK Dato' Perdana
12) Maktab Sultan Ismail (SIC)
13) SMK Zainab 1
14) SMK Kamil 
15) SMK Bachok
16) SABK Al-Kauthar 

Petikan dari akhbar Utusan Online :

KOTA BHARU 19 Dis. - Kelantan mencatatkan kejayaan paling cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dalam tempoh enam tahun sama ada dari sudut pencapaian Gred Purata Negeri (GPN), peratus lulus am, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan peratus kelulusan mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang berkata, negeri ini mencatat GPN 2.58 iaitu meningkat 0.04 daripada 2.62 tahun lalu dengan 99 buah sekolah menunjukkan peningkatan melebihi atau sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) tahun sebelumnya.
Beliau berkata, sebanyak 34,000 calon negeri ini telah mendaftar untuk menduduki PMR terdiri daripada 27,760 calon (81.65 peratus) dari sekolah Kementerian Pendidikan; 522 calon (1.53 peratus) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 82 calon (0.24 peratus) swasta/persendirian dan 5,636 calon (16.57 peratus) sekolah kerajaan negeri.

Menurutnya, seramai 67.89 peratus atau 18,449 calon sekolah Kementerian Pendidikan lulus sekurang-kurangnya minimum D dalam semua mata pelajaran berbanding 65.80 peratus tahun lalu dengan jumlah calon yang memperoleh semua A adalah 6.78 peratus atau seramai 1,839 orang berbanding 5.79 peratus pada 2012.

Tahniah dan Alhamdulillah Kelantan! 

0 comments :

Post a Comment

Thanks for your comments :)

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah