Assalamualaikum
Hari ni dah sedia maklum yang result SPM keluar di seluruh sekolah menengah di Malaysia. Tahniah tahniah tahniah kpd semua calon SPM 2012! Korang dah buat yg terrrrrbaik! :)
Bagi yang dapat straight A's, sejuta kali tahniah :) Memang hebat sangat sangat! Harap boleh jadi inspire aku untuk belajar bersungguh-sungguh utk SPM tahun 2014 nanti. In Shaa Allah. Kakak, abang, doakan junior ni. :')
Tapiiii bagi yg dah berjaya tu kena tingkatkan usaha lagi untuk selalu dapat pointer yg tinggi di IPTA/IPTS. Ingat tau, kejayaan hari ni bukan penjamin kejayaan pada masa akan datang. Semuanya bergantung atas kita. Bukan aku nak tunjuk baik atau nak show off kononnya aku tahu semuaa, ishh takde ah mcm tu. Cuma apa-apa pun keputusan, jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH dan solat sunat syukur esp orang yg dpt straight A's. Kejayaan itu kita akan dapat jika Allah memberkati dgn izinNya. Jangan enjoy sgt bagi yang dah berjaya dan jangan frust sangat bagi yang tak. Allah dah plan yg terrbaik untuk semua hambaNya. Minta maaf dgn mak abah dan family if tak dpat keputusan yg membanggakan. Tapi jgn lupa berterima kasihlah kpd mereka jika kita telah pun berjaya. Semua ni berkat doa ibu bapa dan cikgu cikgu juga!
Oh ya, tahniah kepada sekolah aku. SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan kerana berjaya mengekalkan kelulusan 100% dan bilangan orang yg mendapat straight A's meningkat dengan mendadak iaitu dari 3 orang straight A's pada tahun 2011 hingga 13 orang straight A's tahun 2012! :D
Harap tahun aku, tahun 2014 akan turut membanggakan dan In Shaa Allah aku boleh menjadi salah seorang pelajar straight A's. Aamiin Ya Rabb! :')
22 orang yang mendapat 8A ke atas. (13 orang straight A's)
Semoga menjadi idola untuk kita supaya terus berjaya seperti mereka.
A big CONGRATULATIONS to all of them!
0 comments :
Post a Comment
Thanks for your comments :)