Thursday, 19 December 2013

PMR


Assalamualaikum

Hai hello..

Hari ni dah sedia maklum yg result PMR keluar. Mesti junior junior yg batch '98 nervous je kan? Same lah macam kite tahun lepas. Makan tak kenyang, tidur tk lena, dan sewaktu dgnnya lagi lah haha. 

Tak nak taip panjang panjang cuma nak cakap semoga berjaya utk adik-adik ku esp SMK Kamil's PMR students 2013. PMR last. Semestinya gred pun rendah dan soalan pun tk susah sangat kan? Sebab tahun aku, tahun lepas adalah PMR paling susah. *hentak kaki tk puas hati! Tapi nasib baik syukur Alhamdulillah aku dapat straight A's. Ni  lah namanya rezeki dan ganjaran atas usaha kite slama ni. Ye dok? 

Teringat pulak lepas dpt result tahun lps, dapat pelukan mak abah. Subhanallah! Nikmat sangat. Rasa bahagia je sebab dapat buat mak abah kite happy kan? :') Tu je yg aku nak sebenarnya. Berkongsi kejayaan dgn family tercinta. 

For those yg tak dapat straight A's, pls dont give up. Ramai je yang tak cemerlang PMR tapi mampu buktikan kecemerlangan diorang di SPM nanti. Yg tu lagi hebat. Dan ramai jugak kan yg tak cemerlang SPM, tapi cemerlang dapat 4 flat masa di matriks/universiti. Ha yang ni lagi hebat. :) 

Apa apa pun yakin dgn kuasa Allah. Man jadda wajada. Kalau kite dah usaha, InsyaAllah Allah beri yg terbaik untuk kite kan. Tahun depan aku SPM. Harap sngat Allah beri aku kecemerlangan 9A. Begitu juga dgn rakan seperjuangan aku. Aamiin. 

Oh ya, paling penting biar result kite tu ori tau! Maksud aku, biarlah masa exam tu hasil usaha kita sdirik. Bukan meniru atau dapat skema jawapan! Haa yg tu lagi berbaloi dan percayalah, bila usaha kita sdiri kita akan rasa lebih bahagia. Ye, betul. Tak tipu sikit pun. So, pls percaya diri sendiri. Org yg dpat 8A/9A tapi sebab meniru, hmm tak ke mana jugak. Kalau dapat SBP/MRSM pun, tak boleh nk score. Kite tak nak mcm tu kan? :) 

That's all la kot. Apa-apa pun, rezeki Allah ada di mana-mana asalkan kita usaha, doa, kemudian tawakkal. Dan setiap rezeki hambaNya berbeza. :')

Doakan saya dan kawan-kawan dalam SPM tahun depan ye. Lagi penting dari PMR ni. Hehe :') 

2 comments :

Thanks for your comments :)

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah