Tuesday, 12 March 2013

Mcm mana nak skor?

Assalamualaikum.

Lama giler tak update blog ni. Bukak pun jareng benor sekarang. Tgklah followers tu, tak meningkat pun. Traffic lagi lah takk! Hahaha. -,-

Err dahla. bukan nak citer sal tu pun sebenarnya. kite kat sini sedih giler giler lah rasanya! Erghhhhh. tak tahu nak describe acane lagi. minggu ni bermula hari ahad lepas, bermulalah PKBS 1. nak kata ready tu tak lah kot. around 80% je. kahkahkah. al maklumlah budak baru tingkatan 4. :p
dan hari ni hari selasa. tadi. aku exam addmaths! iyaaaaaaaaaa most of my friends said, it is a killer subject! maybe? for those yang terror dan minat addmaths tak killer killer pun. sahabat baik diorang adalah. kekeke. aku harap addmaths akan jadi bestfriend aku jgk one day! yeah one day. tapi bila tu? -.-

tak dinafikan lagi, malam sebelum exam tu bukan main lagi aku buat latihan addmaths sengsorang. tapi Alhamdulillah sebab aku dapat jawab dan mula faham. dalam hati ada jugak cakap, "apsal aku bengap sebelum ni? soalan bukan main mudah. hahaha." okay mudah lah kot. depends on the questions jgk lah. seriously aku nervous sebab aku tak terer pun subjek ni. bab mengira ngira ni aku minatlah jgk tapi tak up sangatlah. hmmm i dont know why. banyak dosa kot? Astaghfirullahazim. 

pukul 8 pagi start exam Pend. Islam. ahaks! subjek kegemaran aku jgk sebenarnya masa sekolah rendah dulu dan menengah rendah. sekarang? err bolehlah. haha. then habis pukul 10 rasanya. pukul 12.30 baru start exam addmaths. lama kan gap tu? disebabkan  lama tuuuuu aku n the gang ambil buku latihan buat semuaaaa tajuk bab 1 dan bab 2 yg akan keluar. haishhhh serius aku ckp, bila tgn buat tajuk tu, hati rasa nak buat tajuk lain pulak. nervous sesangat. tapi nak kata lega tu bolehlah sebab aku dah reti nak buat! kekeke. tapiiii...

masa tgh jawab exam, soalan lebih kurang yg aku buat latihan sebelum ni tapi masyaAllah, aku lupa. terus lupa dan blankkkkk. T____T Ya Allah, serius rasa nak menitis je air mata ni. memang soalan takde lah susah sangat pun tapi aku yang memayahkan sebab aku lupa step by step! :'(

bila difikirkan balik, aku tahu ni semua sebab aku study last minute. benda yang aku dah ingat semua jadi hilang masa exam. ni lah padahnya. rasa menyesal sebab tak buat latihan hari hari sebelum ni. kalau tak, mungkin tak akan jadi mcm ni. at least mesti aku akan ingat sebab dah banyak sgt buat latihan kan? hmm okay. nasi sudah menjadi bubur. kite tunggu dan lihat je lah berapa agaknya markah yang akan dapat nanti. aku jealous sangat sangat dgn orang yg terror addmaths hingga boleh skor A+. acane diorang buat sebenarnya? memang diorang dilahirkan genius maths eh? apsal bukan aku? :(

aku taknak dipandang rendah. aku taknak kengkawan dan cecikgu aku tak suka aku sebab aku lemah addmaths. hmmm. *jauh sgt ke aku fikir ni? hehe. 

help me please. aku nak A+ dalam semua subjek especially Matematik Tambahan! kalau dapat A saje pun dah bersukur sgt sgt dah aku ni. help me please? :'(


Friday, 1 March 2013

Tawaran ke?

Assalamualaikum

Oiyhhhh lama giler rasanya tk update blog. sekarang dah bulan mac. so memang lama lah kan. hiks. 
kali ni nak share sikit je. ha'ah sikit je. hari rabu bertarikh 27 februari aritu aku terkezzzuutt. sedih pun ada sebab dapat tahu kawan kawan aku dpt tawaran second intake ke sbp. yang paling aku sedih of course lah bila tahu bestfriend aku, Najwa dan Miha dapat offer ke SMS Setiu or SAIS. 
dan semestinyee diorang mahu pergi. :'(

balik rumah je nangis tak henti. aku yakin sesangat yang aku takkan dapat dah tawaran ke mana-mana sbp sebab aritu aku tak buat rayuan pun. tsskk! tapi time sedih cenggitu pun aku sempat bukak laman web kementerian pelajaran. ohmaiiii sambil air mata menitis aku terkejut sgt sebab 


serius hepi giler! ahaks. tak sangka. betul-betul tak sangka. mungkin ni lah dinamakan rezeki. terus aku kabor kat abah aku n print semua buku tawaran dan surat tawaran. eh jap! confirm aku nak pergi ni. 
hmmm aku text semua bff aku dan tetiba rasa sedih pulak. confuse sama ada nak pergi atau tak. 
then petang tu, kakak sulung aku text aku dan call. she said, tk payah pergi. sekolah tu no. 35 ranking SPM tahun 2011. err... i feel like &*@?

aku tahu aku tak boleh nak lawan cakap org yang dah berpengalaman esp kakak sulung aku tu dgn abang ipar aku. abang ipar aku org tganu so dia cakap sekolah tu pedalaman sikit. kalau nak dibandingkan dgn smk kamil, sekolah aku sekarang jauh lebih baik prestasi akademiknya. cuma smk kamil ni sekolah bestari je. belum diiktiraf sbg sekolah berasrama penuh. hikhik. 

a few days perasaan sedih aku tak hilang. selalu ingat pasal ni dan bila ingat je mesti sedih yang teramat sangat. then mulalah air mata ni keluar. :(

dari dulu lagi aku teringin nak pergi sbp/mrsm. tp aku redha dan pasrah. mungkin ada hikmah. lagi pun cuba lihat tokoh pelajar cemerlang di negara kita ni example Amalina Che Bakri, Madihah and etc. semuanya dari sekolah harian biasa. tapi berjaya buktikan kecemerlangan diorang. so ini maknanya walau kita sekolah kat mana-mana pun, pastikan kita usaha. banyak giler kata-kata dan nasihat dari abah utk aku. supaya aku lebih kuat dan jangan peduli cakap orang lain selain family aku. :') 

sekarang aku demam. mungkin terlalu banyak kesedihan. antibody pun kurang. hik hik.
lupa nak gitau, aku adore seorang kakak ni. aku pun tak kenal tpi aku story kat dia tentang ni. she said dia pun dari sekolah biasa. dia dapat tawaran ke sms seri puteri. fulamakk sbp top tu. tapi dia tolak. dia cakap belajar kat rumah lagi best dan dia dah buktikan dia berjaya dapat 10A dalam spm dan selalu dapat 4.0 masa matrik or asasi. aku lupa. Ya Allah, aku nak jadi macam dia jugakkkk. sekarang dia buat medic. aku doakan dia berjaya. dan aku pun boleh jadi macam dia. Aamiin.  

for those yg baca entry ni, doa lah untuk aku. aku nak berjaya. dapat 9A dalam SPM tahun depan. In Shaa Allah aku nak buktikan kpd kawan-kawan aku yg pergi sbp/mrsm. 

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah