Friday, 25 January 2013

UAI di Masjid Ibrahimi

Assalamualaikum

As uolls tahu, semalam 24 Januari 2013 selepas Maghrib ada kuliah agama daripada penceramah bebas yang sangat famous dan diminati ramai orang tak kira tua muda kecik besar. Sape lagi kalau bukan Ustaz Azhar Idrus. :-)

Aku pergi lebih kurang pukul 7. Fulamakkk gila ramai betul orang! Jauh dekat, semua datang. Yelah, bila lagi nak tunggu UAI datang tempat kita ni. Bukan selalu pun kan. Alhamdulillah walaupun lewat beliau datang disebabkan jammed oleh orang yg terlalu ramai, tapi semuanya berjalan dengan lancar. 

Banyak info yang kita tak tahu dan telah pun tahu semalam. Hik hik. Alhamdulillah jangan cuma dengar je tapi cuba lah ikut dari sehari ke sehari. Oh ya tak sangka gambar aku, kakak, dan mak aku pun termasuk dalam camera semalam. Hik hik. What a funny face lah aku ni. Tapi takpelah, at least ada jugak kenangan. Huahua. Thanks for the cameraman. Ntah sapa lah. Patut pun semalam banyak sangat flash. 

Tapi agak terkilan sebab aku terlupa nak bawak spec. Akibatnya, skrin ceramah tu aku tak dapat tengok dengan jelas. Nasib baik telinga aku masih berfungsi dengan baik. So, dengar je lah. Hukhuk. 

Aku selitkan sikit kat sini sekitar ceramah semalam. Aku curik dari fb UAI yang original punya. 






*Gambar aku yang tudung hijau tu. Haha! Sebelah yg tudung maroon tu kakak aku dan pakai telekung tu my beloved mak! 

Alhamdulillah. Everything was fine. Dan Alhamdulillah anggaran derma semalam sebanyak RM74,710. Wah banyak tu. Boleh la siapkan tahfiz yang baru dibina bersebelahan dengan masjid tu. :-)

Thursday, 24 January 2013

Cintai Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ni Khamis, 24 Januari 2013M bersamaan 12 Rabiuawwal 1434H. Umat Islam seluruh dunia menyambut hari yang penuh bersejarah ni. Hari Keputeraan Baginda Rasululullah S.A.W. :')


Rasulullah, 
dalam mengenangmu
kami susuri lembaran sirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran.

Engkau taburkan pengorbananmu
untuk umatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita 
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Ya Rasulullah Ya Rasulullah Ya Rasulullah. Jasa baginda S.A.W memang terlalu besar bagi seluruh umat Islam. Cuba jadikan baginda sebagai idola dalam kehiduoan seharian kita. Bukannya artis barat semata-mata okay. Kita selalu tiru cara pemakaian, cara makan, dan pergaulan artis. Tapi kita tak boleh nak tiru Nabi Muhammad S.A.W yang tidak pernah salah dari segi apa pun. Kenapa? 

Aku bukan nak tunjuk baik tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba untuk berubah ke arah kebaikan sekaligus mengajak orang lain ke arah yang sama. Allah pun suka. Tak kira lah masa lalu kita macam mana sekalipun asalkan dalam hati betul-betul ikhlas nak bertaubat, jangan pernah hina diri sendiri. 

Besarnya pengorbanan Rasulullah S.A.W dan kasihnya baginda terhadap seluruh umat Islam hinggakan sebelum wafat, baginda hanya menyebut "Ummati, ummati, ummati" yang bermaksud 'Ummatku, ummatku, ummatku'. So guys kenapa tidak kita mencintai Rasulullah S.A.W? Walau tak pernah melihat wajah baginda, tapi kita tahu serba sedikit kisah hidup baginda dan cuba mengetahui latar belakang baginda. So apa salahnya tanamkan cinta dan kasih kita kepada baginda Rasulullah. Besar nikmatnya. Besar pahalanya. Selawat bukan cuma hari ini tapi selawat lah setiap hari, setiap masa. :')

Tema Maulidur Rasul 1434H : 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'

p/s : Alhamdulillah. Lepas Maghrib nanti ada ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan. 

Travel telekung

Assalamualaikum

Tadi aku jumpa kat blog Kak Anis pasal telekung ni. Memang comel sangat! Dah lama sebenarnya cari orang yang jual telekung tu tapi takde kat sini rasanya. So memang decide nak beli online je. Tu pun kalu tak mahal la. Huhu. 

Bila aku tengok kat fb tadi, haa Alhamdulillah harganya cuma RM29. Tapi kena tambah RM6 untuk postage. Hmm kira okayla tu kan. Hiks. Tapi geram jugak sebenarnya sebab terlepas telekung yang ada sale tadi. Kalau tak, mungkin dah dapat RM29 including postage. At least dah jimat RM6 kan. Hehe. 

Korang boleh je tengok macam-macam color telekung yang dijual. Tapi aku lebih suka yang travel punya. Sebab muat dalam beg kecik je. Sesuai untuk pergi mana-mana tanpa perlu fikir bau telekung kat masjid or mall yang tak dijaga. Hakhak. So don't forget to take your time shopping at Bella Ammara atau Blog beliau! 


Comel je kan. Hee macam-macam lagi warna.

I love this curly cardigan act. Tapi harga... hmm tak mampu untuk aku yg masih bersekolah.

p/s : Saya tak tahu sama ada stock travel telekung tu ada lagi ke tak sekarang. Yg pasti, cepat sangat sold out. Gggrr. Korang kena selalu alert lah kalau betul-betul nak.

 
Template by Ain. Edited and design by Nadhirah. All rights reserved by Nadhirah