Assalamualaikum
Hari ni tanggal 24 Mei 2013. Jumaat yang hening dan terasa hambarnya. Tapi Jumaat ialah penghulu segala hari. Dan hari ni seluruh warga Kamil mendapat berita yg sangat sangat menyedihkan. :'/
Guru Cemerlang Matematik PMR, Encik Zulkifli bin Idris telah kembali ke rahmatullah selepas Subuh tadi. Mulianya cikgu meninggal pada hari Jumaat. Tapi serious bila je tahu berita tu air mata laju je mengalir. Hanya Allah saje yang tahu aku betul-betul rasa kehilangan sebutir permata. Kehilangan seorang cikgu yang selalu mengambil berat tentang pelajarnya. Cikgu yang selalu inginkan yang terbaik untuk semua pelajarnya.
Selepas ni takde lagi cikgu yang akan tegur aku kat sekolah. Takde lagi cikgu yang akan bertanyakan khabar bekas pelajarnya iaitu kakak sulung aku yang telah pun bergelar doktor. Ya Allah, memang pada mulanya aku tak percaya dan aku macam tak boleh terima je kepergian cikgu. Rasa macam sekejap je. Aku sempat melawat cikgu kat hospital 2 kali sebelum cikgu dibawa pulang ke rumah dan meninggal. Aku lega sebab aku mampu melihat cikgu w/pun masa tu cikgu masih lagi tidak sedarkan diri.
Arwah baik orangnya. Kaki masjid. Dan sentiasa ikhlas dalam mengajar anak muridnya sehingga pandai. Cikgu mengajar dgn baik sangat. Pelajar yg fail Maths pun boleh dapatkan A dalam PMR berkat usaha beliau yg tak pernah jemu. Alhamdulillah cikgu pernah mengajar aku sekejap masa form one. Tapi sekejap je, tu pun ganti Cikgu Azmi.
Aku melawat Cikgu Zul kat rumahnya tadi. Ramai cikgu sekolah yang datang. Pelajar pun ramai termasuklah pelajar yang telah lama meninggalkan bangku persekolahan. Jelas sangat jasa cikgu memang sukar untuk kami, para pelajar untuk lupakannya. Jasa cikgu terlalu besar! Kami sayang cikgu sangat-sangat dan kami berasa kehilangan saat ni. :'(
Ya Allah, Engkau ampunkanlah Cikgu Zul. Tempatkan beliau di kalangan orang yang beriman dan yang paling mulia disisimu. Engkau Yang Maha Mengetahui Ya Allah. Engkau tahu dan kami semua tahu arwah baik orangnya. Dan aku berharap Cikgu Zul akan mendoakan kami, pelajarnya di sana.
Demi Allah. Aku sedih sangat-sangat hari ni. Hambarnya rasa. Kuatkan aku Ya Allah. Bantulah aku untuk terima kenyataan bahawa Cikgu Zul memang sudah pergi meninggalkan dunia ini. Setiap yang hidup pasti akan mati. Semua orang di sekeliling kita adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa je Allah boleh ambil balik kepunyaanNya.
Pembaca post ni, sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga kita juga mendapat pahala dan cikgu turut mendoakan kita. Aamiin. =')
Gambar masa sambutan hari raya 2012. Nampaknya tu tahun last sambut dgn beliau. Allah Maha Besar, aku tak tahu macam mana pada tahun tu aku tergerak hati untuk bergambar dgn beliau. Rupanya ada hikmah. Sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa tahun 2012 adalah tahun terakhir arwah menyambut hari raya. Allahuakbar. :'(